Fahami Bisnes Model – Cara Michael Hyatt

Terdapat banyak bisnes model yang boleh di guna pakai untuk perniagaan online. Di sini kami ingin kongsikan cara yang telah dipraktikkan oleh penulis buku terkenal Michael Hyatt

Beliau menekankan bahawa model terbaik dalam perniagaan internet terbahagi kepada 3 komponen.

  • A Home Base (Tapak Perniagaan)
  • Embassies (Kedutaan)
  • Outposts (Pusat Kawalan)

A Home Base

Ia adalah online platform web yang mana anda patut bertapak dan mempunyai hak dan kawalan penuh ke atasnya. Di sinilah tempat di mana pengikut/pelanggan anda berkumpul. Contoh mudah adalah blog, website, atau pun self-hosted community blog. Semua internet traffic ditujukan kepada tempat ini. Di sini lah tempat terbaik untuk anda menjual produk atau servis anda.

Embassies

Ia juga adalah online platform web yang mana bukan hak dan dalam kawalan anda. Contoh terdekat adalah FacebookTwitterLinkedIn. Di sini tempat anda berbual dengan pelanggan yang lebih senang berada di sini.

Outposts

Ia adalah tempat di mana kita mendengar/memerhati dan menganalisis perbualan mengenai anda, jenama anda, syarikat anda, produk anda atau apa-apa topik yang menarik. Ia seolah-olah seperti berita tv, surat-khabar ataupun majalah yang mana kita dengar dan baca untuk mendapatkan informasi. Contoh terdekat adalah Google Alerts.