Ciri-ciri Usahawan -Dato’ Dr Maznah Hamid

Ciri 1: Menjadi usahawan adalah atas keyakinan dan usaha diri sendiri

Diri kita sendiri yang benar-benar ingin menjadi seorang usahawan, ingin menjadi seorang usahawan, ingin memulakan perniagaan yang kita sendiri mahir, arif, minat, sanggup dan rela menjalankan sendiri, tanpa terpaksa berharap dan bergantung kepada orang lain.

Ciri 2: Tumpuan penuh pada satu perniagaan dahulu

Tinggalkan segalanya! Tumpukan sepenuh perhatian terhadap ‘satu’ perniagaan sahaja (pada peringkat permulaan) dan binalah perniagaan tersebut sehingga kukuh, kemudian kembangkan perniagaan tersebut ke seluruh negara dan akhirnya ke peringkat antarabangsa. Kita hanya boleh memulakan bisnes kedua apabila perniagaan pertama boleh berjalan tanpa kita.

Ciri Ke-3: Perniagaan adalah survival untuk hidup

Jadikanlah perniagaan yang diceburi sebagai survival atau hidup-mati kita, yakni mata pencarian kita hanyalah bergantung kepada yg satu ini sahaja! Nothing else! Ikutlah resmi pendatang tanpa izin dan juga sejarah jutawan asing yang dahulunya datang dengan tongkang sehelai sepinggang. Kini mereka telah berjaya menjadi jutawan, kaya-raya, ternama dan berkuasa pula!

Ciri Ke-4: Menjauhi zon selesa

Sanggup melupakan segala kesenangan hidup, zon keselesaan selama beberapa tahun dan sebaliknya sanggup bekerja kuat, work long hard hours tiada cuti, sama ada cuti mingguan, cuti am atau cuti raya!

usahawan-berjayaCiri Ke-5: Berjiwa kental dan penuh semangat

Mempunyai semangat yang kental, daya ketahanan, keberanian, kesanggupan menghadapi risiko, ciri-ciri ketabahan dan kesabaran. Kejayaan adalah keupayaan kita untuk bangun semula setiap kali kita jatuh atau gagal! Bangunlah! Dengan penuh semangat!

Ciri Ke-6: Punyai kepintaran yang praktikal

Mempunyai kepintaran (practical intelligence) yang praktikal yang saya rumuskan sebagai mempunyai MCS(Masters of Common Sense), BSS(Bachelor of Street Smart) dan PS(People Smart). Salam kejayaan buat sahabat.

Ciri Ke-7: Punyai daya kepimpinan

Mempunyai daya kepimpinan yg tinggi dengan ciri-ciri kepimpinan yg boleh diteladani, diikuti dan berupaya mempengaruhi sikap dan tingkahlaku pekerja utk bertindak dgn cemerlang demi mencapai matlamat yg diingini.

Ciri Ke-8: Bijak mengawal emosi

Mempunyai emosi yang stabil, boleh tahan kritikan atau makian dgn senyuman dan muka selamba serta boleh pula melupakan dlm masa 5 saat.

Ciri Ke-9: Berdaya saing

Mempunyai daya saing dan daya juang. Fight for your right dan juga mempunyai cara serta daya untuk menghadapi lawan atau ‘musuh niaga’ kita. Ada kalanya kita kena belajar gunakan taktik ‘perang saraf’! Aha…bagaimana tu agaknya?

Ciri Ke-10: Tidak bergantung pada orang lain

Anggaplah tiada siapa yang ada untuk membantu diri kita. Lupakan dulu niat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan pada peringkat permulaan perniagaan. Kita kena survive dengan apa yang kita ada dan terus mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan. Pada peringkat awal, mungkin kita terpaksa menggunakan OPM untuk memulakan perniagaan.

Ciri Ke-11: Sikap yang wajar

Mempunyai sikap mental yang wajar terhadap segala-galanya termasuk orang, tempat, situasi dan persepsi. Kita mesti ingat, sikap adalah punca penentu kepada kejayaan dan kegagalan seseorang.

Ciri Ke-12: Tidak takut pada kegagalan

Tidak gentar menghadapi saat-saat kegagalan. Sentiasa menganggap kegagalan itu sebagai kekalahan sementara. “Jika hari ini aku gagal, esok pagi aku akan mulakan yg lain pula!” Kajilah kelemahan dan kesilapan diri kita, kemudian bangun semula, mengatur strategi baru!